LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
Sejarah
awal Negara ini telah pun bermula sejak
beribu- ribu tahun dahulu. Penemuan – penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
telah didiami manusia sejak zaman
prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan
awal manusia adalah di Kota Tampan,
Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan
masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam hinggalah zaman
proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air
sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan
pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya
Islam.

KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Sebelum lahirnya sebuah yang berdaulat dan
merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan
negeri- negeri Melayu. Kewujudan
kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti
perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar
umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangan
kebudayaan kerajaan- kerajaan Melayu
ini meliputi aspek pemerintahan,
perundangan, institusi sosial dan ekonomi.
Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan
bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.
Antara
kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud sebelum kelahiran Kerajaan Melaka :







KERAJAAN MELAKA
§ Kesultanan Melayu
Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua
dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi kerajaan
Kedah Tua dan kerajaan Perak.
Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding
dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.
§ Selain
Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara
juga telah melihat kemunculan beberapa
buah kerajaan agung lain sebelum Melayu seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat
di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah
kerajaan maritim dan mengendalikan
perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa
Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa
Melayu Kuno’ juga berkembangan dan
dipraktikkan dengan meluas pada
zaman ini.
PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
§ Setelah
menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398, Ayudhya
telah membuat serangan balas ke atas Singapura.
Kemudian, Parameswara dan para
pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di
Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di
Melaka sekitar tahun 1400.
Pergerakan Parameswara
sebelum mengasakan Melaka:
Palembang
– Temasik – Muar – Melaka
§ Namun
begitu, di dalam kajian yang mutakhir,
terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan
Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian
yang mendalam terhadap naskhah Melayu
agung, iaitu Sulalatus Salatin.
§ Walau
bagaimanapun, ketika Parameswara sampai
di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara
menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’.
Terdapat juga beberapa pandangan
lain yang mengatakan bahawa nama Melaka
berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat
perlindungan’ sebagai simbolik
kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya. Bermula
daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan
kemudiannya menjadi pusat perdagangan
yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke- 15.

Perkembangan
Politik Melaka pada Tahap Awal.
§ Apabila
membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan
Melaka muncul sebagai sebuah tapak
perdagangan antarabangsa. Namun, negara
China masih merupakan kuasa
perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung
sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
§ Melaka
bernasib baik kerana pada tahun 1403,
seorang duta telah tiba dari negara China,
iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara.
Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara
China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming
pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar
yang datang dari Timur Tengah seperti
Arab dan Parsi.
§ Pada
tahun 1405, utusan dari Melaka mengiring Yin Ching kembali ke negara
China. Kedaulatan Melaka
diiktiraf secara rasmi dan pemerintahanya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja.
Seterusnya pada tahun 1409, Laksamana
Cheng Ho dari negara China telah
menghadiakan alat-alat kebesaran
diraja di samping sebuah prasati
kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia
yang menerima penghormatan ini.
Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka
untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.
§ Selain
pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui
hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan
China.
Pemerintahan Kerajaan Melaka
§ Melalui
pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan
system pemerintahan pada hari yang masih diamalkan dalam sistem pemerintahan
pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling
tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang
di-Pertuan’.
§ Apabila
pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahannya digelar
‘Sultan’ dan ‘Syah’.
Nama
Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan- sultan Melaka Mengikut Pandangan
Sarjana Terdahulu.
Bilangan
|
Nama
Pemerintah
|
Tahun
Pemerintahan
|
1
|
Parameswara /Iskandar Syah
|
1400-1414
|
2
|
Sultan Megat/Makota Iskandar Syah
|
1414-1424
|
3
|
Sultan
Muhammad Syah
|
1424-1444
|
4
|
Sultan Abu Syahid
|
1444-1445
|
5
|
Sultan Muzaffar Syah
|
1445-1456
|
6
|
Sultan Mansur Syah
|
1456-1477
|
7
|
Sultan Alauddin Riayat Syah
|
1477-1488
|
8
|
Sultan Mahmud Syah
|
1488-1510 & 1513-1528
|
9
|
Sultan Ahmad Syah
|
1510-1513
|
KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI POLITIK, EKONOMI DAN
PENDIDIKAN.
MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
§ Kerajaan Melayu Melaka menjadi
terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan,
ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang.
Empayar Melaka dikatakan meliputi
hampir keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu, sebahagian timur Sumatera
dan Kepulauan Riau Lingga.
§ Melaka,
pernah menjadi strategik dan menjadi pusat perdagangan dunia. Hal
ini kerana, kedudukannya yang strategik
dan menjadi pusat pertembungan semua
saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
§ Selain
itu, kegiatan perdagangan yang pesat
turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi tumpuan
pendakwah-pedakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
§ Melaka
juga berkembangan menjadi pusat
penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan,
kebudayaan dan kesusasteraan.
Faktor-faktor
Kegemilangan Melaka
§ Kemunculan
Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa factor, iaitu
:
i.
Faktor pendidikan
ii.
Faktor ekonomi
iii.
Faktor politik dan
pentadbiran
Faktor
Ekonomi
Dalam kurun ke-15, Melaka telah
berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Hal ini menunjukkan bahawa
pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka adalah sebuah kerajaan yang agung sebagai
pusat perdagangan.
§ Ekoran
kedudukannya di tengah-tengah jalan
perdangangan, Melaka dilimpahi kemewahan
barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil
serantau seperti rempah, hasil rotan,
kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
§ Hasilnya, Melaka muncul seebagai sebuah pelabuhan perdangangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan
entreport yang maju dan Berjaya.
§ Dalam
sistem perniagaan ekonomi Melaka, pengunaan mata wang adalah penting. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk, iaitu pertama melalui sistem tukar
barang dan kedua menerusi proses penjual dan pembeliaan. Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada “colains” iaitu dalam bentuk
timah. Emas dan Perak juga digunakan dalam urus niaga dan bukan sahaja untuk dijadikan barang pasaran. Pertukaran mata wang
berlaku apabila orang tempatan melakukan
jual beli dengan Pasai.
§ Selain
itu, pengunaan sukatan dan timbangan dalam urusan perniagaan juga digunakan di Melaka. Sukatan dan timbangan ini biasanya diukur dengan menggunakan unit tahil dan kati iaitu setahil sama
dengan enam belas mas. Terdapat banyak jenis ukuran
yang digunakan. Emas dan perak, bahan wangian, kapur, kelembuk, dan permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati.
§ Kekayaan
hasil mahsulnya juga menjadi salah satu
faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat antarabangsa untuk tertumpu
di negeri Melaka. Hal ini disebabkan
mereka menyedari tentang tingginya nilai hasil mahsul yang terdapat di Melaka ini.
§ Kegiatan
pertanian turut menjadi penyumbang kepada kemasyhuran Kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu kegiatan pertanian adalah begitu penting hinggakan kegiatan
pertanian telah dijamin oleh udang-udang
negeri Melaka yang telah memperuntukkan tentang hak ketuanan (pengerjaan) tanah, cara membela binatang ternakan, dan juga cara berjual beli binatang
ternakan. Namun begitu mereka tidak
boleh untuk memiliki tanah tersebut.
Faktor
Politik dan Pentadbiran

§ Hubungan
rapat antara Melaka degan negara China
memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini
dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.
§ Melaka
juga mempunyai ciri keselamatan dan
ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem
undaang-undang yang baik dan tersusun,iaitu
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka banyak membantu
kerajaan mengekalkan keamanannya.
§ Hukum Kanun Melaka
merupakan undang-undang bertulis pertama
yang wujud di negeri-negeri Melayu.
§ Melaka
juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses
jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah.
Begitu juga dengan hubungan diplomatic. Di samping itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca)
membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancer.
Hukum
Kanun Melaka
Hukum Kanun Melaka merupakan naskhah undang-undang Melayu bertulis yang tertua. Udang-udang Melayu bertulis yang tertua. Undang-undang ini disusun pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459). Banyak sekali aspek perundangan yang terkandung di dalamnya seperti perkaitan dengan hal istana dan pantang larang terhadap masyarakat, hukum jenayah dan awam, sistem protokol,hak milik tanah dan pertanian,jual beli juga beberapa perkara lain.Hukum kanun ini mengandungi 44 fasal dan jika diteliti 19 fasal daripadanya mengandungi hukum-hakam Islam.
Undang-undang
Laut Melaka
Melaka
pula boleh dikatakan undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan
perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut (kapal dan
pelabuhan).Undang-undang ini mengandungi 25 fasal yang sebahagian besarnya
membincangkan peraturan dan tertib berniaga,berjual beli,tanggungjawab Nakhoda
dan Syahbandar.Undang-undang ini digubal semasa zaman pemerintahan Sultan
Mahmud(1488-1511)
Faktor
Pendidikan
§ Agama Islam
dibawah tajuk besar sosial merupakan
faktor penting kegemilangan Melaka. Sebelum agama
Islam, penduduk Melaka menganuti
agama
Hindu Buddha dan ada yang
masih dengan animism. Agama Islam telah membawa cahaya baru
dalam kehidupan masyarakat Melaka justeru mengubah cara hidup mereka
kepada lebih efektif dan ini secara
tidak langsung membawa kepada kegemilangan Melayu Melaka.
§ Selain
terkenal sebagai pusat perdagangan, Melaka
juga dikenali sebagai pusat penyebaran Agama Islam. Ramai pedagang dan saudagar dari Arab dan India
yang beragama Islam sering berkunjung ke Melaka. Kedatangan mereka ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka
saling berkait langsung dengan tujuan kegiatan perdagangan dengan perkembangan agama Islam.
§ Sebagaimana
kita ketahui bahawa Melaka adalah Bandar pelabuhan cosmopolitan kerana
didiami oleh pelbagai kaum atau suku.
Orang melayu tempatan yang menjadi teras anggota masyarakat jenis ini
mengekalkan perpaduan dan persefahaman sewajar dengan yang dituntut kerana Melaka
bergantung pada kepentingan laut dan
saudagar- saudagar asing yang datang dan berniaga disitu. Oleh sebab adanya
peluang sosial tertentu, ada juga orang asing ini yang turut sama terlibat
dalam proses dan sejarah perkembangan
masyarakat rakyat.
RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://cikgungasri.blogspot.com/
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=642061
RUJUKAN
http://cikgungasri.blogspot.com/
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=642061
No comments:
Post a Comment