Monday, 13 October 2014


LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA

Sejarah awal Negara ini telah pun bermula sejak beribu- ribu tahun dahulu. Penemuan – penemuan arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman Paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitik, zaman Logam hinggalah zaman proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah air sejak Sebelum Masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.





KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU

Sebelum lahirnya sebuah yang berdaulat dan merdeka dikenali sebagai Malaysia pada hari ini, telah muncul dan berkembang kerajaan atau kesultanan negeri- negeri Melayu. Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini ialah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangan kebudayaan kerajaan- kerajaan Melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi. Aspek-aspek tersebut dapat membuktikan bahawa akar pembentukan negara ini telah lahir beratus-ratus tahun lebih awal.

 Antara kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud sebelum kelahiran Kerajaan Melaka :

*      Funan
*      Majapahit
*      Langkasuka
*      Sriwijaya
*      Khamer
*      Kutai
*      Gangga Negar

KERAJAAN MELAKA

§  Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra-Islam lagi kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Perak. Namun, kajian terhadap kerajaan-kerajaan ini tidak begitu mendalam berbanding dengan Melaka kerana kekurangan rekod dan bukti.

§  Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum Melayu seperti kerajaan Funan, Sriwijaya dan Majapahit. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman negerinya sendiri. Dari segi agama, kerajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu yang dikenali sebagai ‘Bahasa Melayu Kunojuga berkembangan dan dipraktikkan dengan meluas pada zaman ini.


PENGASASAN KESULTANAN MELAKA


§        Di dalam kajian sejarah terdahulu, Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit (sebuah kerajaan pedalaman di Jawa). Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Pemerintahan atau penguasa tempatannya bernama Sang Aji Singapura, iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri.


§        Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura. Kemudian, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Semenanjung Tanah Melayu. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400.

Pergerakan Parameswara sebelum mengasakan Melaka:

Palembang – Temasik – Muar – Melaka

§        Namun begitu, di dalam kajian yang mutakhir, terdapat sarjana yang mengemukakan bahawa Kerajaan Melaka itu diasaskan pada tahun 1262. Tarikh baru ini lahir ekoran kajian yang mendalam terhadap naskhah Melayu agung, iaitu Sulalatus Salatin.

§       Walau bagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka, di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama ‘Malaka’. Terdapat juga beberapa pandangan lain yang mengatakan bahawa nama Melaka berasal daripada istilah bahasa Arab, iaitu Malaqat yang bermaksud ‘tempat perlindungan’ sebagai simbolik kepada tapak perlindungan Parameswara dan para pengikutnya. Bermula daripada baginda hingga kepada waris-warisnya, Melaka berkembang dan kemudiannya menjadi pusat perdagangan yang termasyhur di dunia terutama pada abad ke- 15.


Perkembangan Politik Melaka pada Tahap Awal.

§  Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Justeru, sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada Maharaja China.
§  Melaka bernasib baik kerana pada tahun 1403, seorang duta telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara. Situasi ini membuktikan pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara China dari Dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
§  Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiring Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahanya (Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Seterusnya pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiakan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasati kepada Parameswara. Melaka merupakan kerajaan pertama di Asia yang menerima penghormatan ini. Hubungan baik dengan negara China dan pengiktirafan yang diberikan tersebut memberikan peluang kepada Melaka untuk mengukuhkan kedudukan dan prestijnya.
§  Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China. Oleh itu, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan Majapahit yang menjadi seteru pada ketika itu ekoran perlindungan daripada kerajaan China.
                                  


Pemerintahan Kerajaan Melaka

§          Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan system pemerintahan pada hari yang masih diamalkan dalam sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.
§       Apabila pemerintahan kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahannya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’.


Nama Pemerintah dan Tahun Pemerintahan Sultan- sultan Melaka Mengikut Pandangan Sarjana Terdahulu.

Bilangan
Nama Pemerintah
Tahun Pemerintahan
1
Parameswara /Iskandar Syah
1400-1414
2
Sultan Megat/Makota Iskandar Syah
1414-1424
3
Sultan  Muhammad Syah
1424-1444
4
Sultan Abu Syahid
1444-1445
5
Sultan Muzaffar Syah
1445-1456
6
Sultan Mansur Syah
1456-1477
7
Sultan Alauddin Riayat Syah
1477-1488
8
Sultan Mahmud Syah
1488-1510 & 1513-1528
9
Sultan Ahmad Syah
1510-1513




KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI POLITIK, EKONOMI DAN PENDIDIKAN.

MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

§  Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

§  Melaka, pernah menjadi strategik dan menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana, kedudukannya yang strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat, misalnya dari negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
§  Selain itu, kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pedakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
§  Melaka juga berkembangan menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana. Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.



Faktor-faktor Kegemilangan Melaka

§  Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa factor, iaitu : 
                                                        i.            Faktor pendidikan
                                                      ii.            Faktor ekonomi
                                                    iii.            Faktor politik dan pentadbiran


Faktor Ekonomi

Dalam kurun ke-15, Melaka telah berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Hal ini menunjukkan bahawa pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka adalah sebuah kerajaan yang agung sebagai pusat perdagangan.
§  Ekoran kedudukannya di tengah-tengah jalan perdangangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
§  Hasilnya,  Melaka muncul seebagai sebuah pelabuhan perdangangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entreport yang maju dan Berjaya.
§  Dalam sistem perniagaan ekonomi Melaka, pengunaan mata wang adalah penting. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk, iaitu pertama melalui sistem tukar barang dan kedua menerusi proses penjual dan pembeliaan. Mata wang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada “colains” iaitu dalam bentuk timah. Emas dan Perak juga digunakan dalam urus niaga dan bukan sahaja untuk dijadikan barang pasaran. Pertukaran mata wang berlaku apabila orang tempatan melakukan jual beli dengan Pasai.
§  Selain itu, pengunaan sukatan dan timbangan dalam urusan perniagaan juga digunakan di Melaka. Sukatan dan timbangan ini biasanya diukur dengan menggunakan unit tahil dan kati iaitu setahil sama dengan enam belas mas. Terdapat banyak  jenis ukuran yang digunakan. Emas dan perak, bahan wangian, kapur, kelembuk, dan permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati.
§  Kekayaan hasil mahsulnya juga menjadi salah satu faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat antarabangsa untuk tertumpu di negeri Melaka. Hal ini disebabkan mereka menyedari tentang tingginya nilai hasil mahsul yang terdapat di Melaka ini.
§  Kegiatan pertanian turut menjadi penyumbang kepada kemasyhuran Kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu kegiatan pertanian adalah begitu penting hinggakan kegiatan pertanian telah dijamin oleh udang-udang negeri Melaka yang telah memperuntukkan tentang hak ketuanan (pengerjaan) tanah, cara membela binatang ternakan, dan juga cara berjual beli binatang ternakan. Namun begitu mereka tidak boleh untuk memiliki tanah tersebut.   


Faktor Politik dan Pentadbiran

§  Hubungan rapat antara Melaka degan negara China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat pada waktu itu.
§  Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudan sistem undaang-undang yang baik dan tersusun,iaitu  Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka banyak membantu kerajaan mengekalkan keamanannya.
§  Hukum Kanun Melaka merupakan undang-undang bertulis pertama yang wujud di negeri-negeri Melayu.
§  Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Begitu juga dengan hubungan diplomatic. Di samping itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancer.



Hukum Kanun Melaka



Hukum Kanun Melaka merupakan naskhah undang-undang Melayu bertulis yang tertua. Udang-udang Melayu bertulis yang tertua. Undang-undang ini disusun pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1445-1459). Banyak sekali aspek perundangan yang terkandung di dalamnya seperti perkaitan dengan hal istana dan pantang larang terhadap masyarakat, hukum jenayah dan awam, sistem protokol,hak milik tanah dan pertanian,jual beli juga beberapa perkara lain.Hukum kanun ini mengandungi 44 fasal dan jika diteliti 19 fasal daripadanya  mengandungi hukum-hakam Islam.



Undang-undang Laut Melaka

Melaka pula boleh dikatakan undang-undang yang terbaik dalam menggariskan peraturan perdagangan dan peraturan hukum jenayah di laut (kapal dan pelabuhan).Undang-undang ini mengandungi 25 fasal yang sebahagian besarnya membincangkan peraturan dan tertib berniaga,berjual beli,tanggungjawab Nakhoda dan Syahbandar.Undang-undang ini digubal semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud(1488-1511)


                                      
Faktor Pendidikan

§  Agama Islam dibawah tajuk besar sosial merupakan faktor penting kegemilangan Melaka. Sebelum agama Islam, penduduk Melaka menganuti agama  Hindu  Buddha dan ada yang masih dengan animism. Agama Islam telah membawa cahaya baru dalam kehidupan masyarakat  Melaka justeru mengubah cara hidup mereka kepada lebih efektif dan ini secara tidak langsung membawa kepada kegemilangan Melayu Melaka.
§  Selain terkenal sebagai pusat perdagangan, Melaka juga dikenali sebagai  pusat penyebaran Agama Islam. Ramai pedagang dan saudagar dari Arab dan India yang beragama Islam sering berkunjung ke Melaka. Kedatangan mereka ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka saling berkait langsung dengan tujuan kegiatan perdagangan dengan perkembangan agama Islam.
§  Sebagaimana kita ketahui bahawa Melaka adalah Bandar pelabuhan cosmopolitan kerana didiami oleh pelbagai kaum atau suku. Orang melayu tempatan yang menjadi teras anggota masyarakat jenis ini mengekalkan perpaduan dan persefahaman sewajar dengan yang dituntut kerana  Melaka bergantung  pada kepentingan laut dan saudagar- saudagar asing yang datang dan berniaga disitu. Oleh sebab adanya peluang sosial tertentu, ada juga orang asing ini yang turut sama terlibat dalam proses dan sejarah perkembangan masyarakat rakyat.  



RUJUKAN


http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
http://cikgungasri.blogspot.com/
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=642061